PENTINGNYA KEGUNAAN SUNSCREEN

KEPENTINGAN SUNSCREEN❓



Ramai lagi yang tak tahu kepentingan sunscreen. Paling terkejut, ada juga yang tak tahu bahawa SUNCREEN adalah item yang wajib dipakai SETIAP HARI.

👉KENAPA KENA PAKAI SUNSCREEN?

1. Mengelakkan 'sunburn'/'sun-tan'/gelap/hitam/kulit terbakar
2. Mengurangkan kedutan kulit
3. Mengelakkan 'pigmentation' / jeragat - kebanyakkan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen
4. Mencegah punca skin cancer

👉APA BEZA UVA DAN UVB?

💕UVA (skin-aging)

• Sinaran UV (ultraviolet) boleh merosakkan sel-sel kulit kerana sinaran ini boleh menembusi kaca tingkap.
Contohnya kulit cepat berkedut, garis halus dan bintik-bintik hitam pada kulit.

💕UVB (sunburn)

• Sinaran UVB punca utama kepada masalah sunburn tetapi sinaran ini tidak boleh menembusi kaca tingkap.

👉CARA NAK PILIH SUNSCREEN?

Pilih yang mengandungi Broad Spectrum. Maksudnya perlindungan daripada UVA @ UVB. Macam mana nak tahu dia ada perlindungan daripada UVA @ UVB? Dia ada tulis SPF ++ & PA ++.

Comments

Popular Posts